sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 20 April 2012

CAKES 22

kek butter ~ arora ~
 Cuci mate ye malam ini...

CCMC ~ COKLAT CHEESE MOIST CAKES

 CARAMEL CAKES

 RAINBOW CAKES


COKLAT INDULGENT

 OREO CHEESECAKES

 CARROT CAKES ~ HANTARAN CAKES

 KEK CAWAN

 CCMC

 CARAMEL CAKES

 RAINBOW CAKES

RAINBOW CAKES

Jadual bulan april 2012


Tarikh ~ 22 april 2012 ( 4 orang )

russian cakes dan rainbow cakes

1. ~ ziey ziey my
2 ~ rakan ziey
3 ~ rakan ziey
4 ~ lina



Tarikh ~ 29 april 2012 ( 4 orang  )

red velvet cakes dan russian cakes

1 ~ wan anita wan hussain
2 ~ rakan wan
3 ~ rakan wan
4 ~ Rafidah

 ~ info penuh di sini ~

Monday, 16 April 2012

Kueh Bangkit


Masih dalam kenangan, kueh bangkit ini kkzu dah makan sejak dari kanak kanak lagi. Arwah opah kkzu cukup pandai buat kueh bangkit ini. Sayang seribu kali sayang kkzu tak sempat nak menuntut ilmu dari arwah opah kkzu. Mase remaje mane lah kite nak terbayang nak buat kueh kueh lama ini, suke buat biskut yang senang senang aje, bile dah jadi remaja purba ini barulah teringat ingat kenangan lame.

Orang dulu dulu mana ade banyak pilihan biskut sangat kan, yang pasti kueh bangkit ini pasti ade kat setiap rumah rumah di kampung, dan masih di minati hingge kini dan di pelbagaikan rase nye. Kueh bangkit kkzu ini tak lah segebu arwah opah kkzu punye, kire ok laaa.. Nak tahu banyak petua nye kenelah tanye kat pakar Mat Gebu ye..

Rujukan ; myresipi

BAHAN BAHAN

350 gm tepung ubi ~ di sangai dalam kuali bersame potongan daun pandan selame 10 minit @ sehingge ringan
3 helai daun pandan ~ potong2
150 gm gula ising ~ ayak
20 gm mentega ~ 1 sudu besar
1 kuning telur
130 gm pati santan  ~santan kara kotak
secubit b. powder

CARE CARE

Satukan gula icing, kuning telur dan mentega. Kacau hingge berkrim dan masukkan santan.Kacau sebati
Masukkan tepung yang bercampur b. powder sedikit sedikit sambil di kacau dengan tangan
Uli sehingge menjadi doh dan tutup dengan kain lembab
Terap doh menggunakan acuan yang di sukai
Bakar lah pade suhu 160 C selame 20 minit @  hingge masak.
Jike doh yang menjadi keras boleh tambahkan sedikit santan untuk melembutkan nye kembali.




Sunday, 15 April 2012

Belajar ( kelas buat CAKE )

 HAI..!!

Adik manis Amira dari bandar baru bangi..
3 september 2013
Belajar buat 2 kek yang agak mudah dan paling laku di pasaran Dapurkakzu.
eiiihhh betul ke mudah nak buatnya...heee..
Insyaallah semua orang boleh membuatnya,,kalau yang mencabar adelah nak melepe ( melicin ) dan mendeco cheesecream tu la.

Apa apa info mengenai kelas boleh   KLIK DI SINI YA



 Taraaaa dah siap dan berposing depan kek yang di hasilkan..



Mari belajar buat cakes ~ SENARAI HARGE BELAJAR BUAT KEK DI DAPURKAKZU


KLIK SINI untuk melihat gambar sekitar kelas





Assalamualaikum..
Hai..

** 

KELAS PERSONAL
 
Kelas PERSONAL berlangsung pada hari Selasa hingga jumaat.( datang seorang @ berdua )
Bermula jam 9.30 pagi hingga selesai ( lebih kurang 2 petang )
Belajar 2, 3 jenis kek atau lebih
Deposit rm 100 di perlukan pada setiap booking kelas.( no account akan di beri kemudian )
Pilih tarikh dan jenis kek yang nak belajar
Kek yang di ajar adelah size sepertimana kkzu jual ( SIZE 9 inci  ) dan boleh bawa balik semua jenis kek ( hasil membaking )
Tidak perlu membawa ape2 kerana semua barang keperluan di sedia kan.
Whatsap kkzu 017 6331252
Jika nak hadir pada Sabtu atau Ahad boleh beritahu kkzu sebelom kelas berkumpulan di booking


( kelas personal )
1. Mascarpone  Tiramitsu Cake  ~  rm190
2. Walnut Carrot Cake ~ rm 180
3. Caramel Cake ~ rm 150
4. Red Velvet Cakes ~ rm 190
5. Red Velvet Cupcakes ~ rm 190
6. Marble Cheese Brownies ~ rm 150
7. Rainbow cakes ~  rm 200
8. Coklat Cheese Moist Cakes ( unbake ) ~ CCMC ~ rm160
9. Black White Russian Cakes ~ rm180
10. Vanilla /coklat sponge cake with frescream ~ rm 180

11. Durian cheese cakes ( unbake )~ rm 180
12..Oreo Blueberry cheesecake ( bake ) ~ rm 180
13. Fudge Brownies ~ rm 150
14. Kek coklat moist with ganache topping ~ rm 180
15. Coklat Indulgent ~ rm 200
16. Coklat cupcakes & swirl roses buttercream ~ rm 180
17. Mango Cheese Cake ~ rm 180 
18. Pandan gula melaka cupcake ~ rm 180
19. Japanese cotton cake & topping freshcream ~ rm 180
20. Hummingbird cake  ~ rm 180
21. Pecan butterscotch cake ~ rm 180 



KELAS BERKUMPULAN 

Kelas berkumpulan seramai 4 orang berlangsung pada Sabtu dan Ahad
Bermula jam 9.30 pagi  hingga selesai ( lebih kurang jam 4 petang )
Belajar 4 jenis kek yang telah di tentu kan jenis nya
Deposit rm 100 di perlukan pada setiap booking
Kek yang di ajar akan di bahagi empat untuk di bawa pulang ( 4 jenis )
RM 250 setiap SEORANG ( 4 ORANG )
Kek akan di buat bersama sama
Kelas akan terbatal jika kurang dari 2 orang ( Deposit akan di pulangkan @ di bawa ke minggu seterus nya )
Tidak perlu membawa apa2  kerana semua barang barang kerperluan membaking di sediakan.
Kelas berkumpulan memberi peluang kepada pelajar membayar harga lebih rendah untuk  4 jenis kek
WHATSAP KKZU 017 6331252



**INFO ALAMAT**

DAPURKAKZU

Bandar Bukit Mahkota
Bangi
Selangor


 INFO ALAMAT RUMAH DAPURKAKZU
 . Ikut highway KL SEREMBAN
. Masuk tol Putra Mahkota
. Lepas tol jumpa traffic light  masuk kanan
. Jalan terus jumpa T juntion masuk kiri
. Jalan terus masuk kanan ( T junction )
. Jalan terus jumpa taman padang permainan masuk kiri
. Itu lah seksyen 3 rumah teres setingkat sebelah kanan
Cari lorong rumah  ( kkzu akan beri kemudian )

phone ( WHATSAP )~ 017 6331252
~ bersebelahan Bandar Sri Putra dan Kolej Islam ( kuis )~

Mule : 9 .30 pagi (tolong tepati mase ini )

CUTI PADA ISNIN 

















Friday, 13 April 2012

Kek Santan Keladi


Assalamualaikum...

Selamat petang , menu kkzu untuk minum petang hari ini KEK SANTAN KELADI. Resepi dari biras kkzu yang dah lame kkzu tak aplikasi kannye .Pernah dulu kkzu buat kek ni jadik bantat, punca utame nye kkzu telah tersalah putar tepung dengan mixer, pantang nombor 1 tuu ye. Selepas di putar telur hingge kembang , bile masukkan tepung dan santan hanye gaul KAUP BALIK sahaje perlahan lahan ye,insyaallah kek ini akan jadik gebu dan kurang kalori apebile tiade penggunaan butter di dalamnye namun ade sedikit kandungan kalori di dalam santan .


BAHAN BAHAN

6 biji telur size B
1 3/4 cawan gula
1 sudu besar ovelette
3 cawan tepung gandum ~ ayak
1 sudu kecil baking powder ~ ayak
1 cawan santan pekat ~ santan kotak ( kara )
1 sudu besar keladi paste ~ atau ape ape paste lain yang di sukai
1 sudu kecil esen vanilla

CARE CARE

Putar telur, gula dan ovelette hingge kembang dan putih ( berkrim )
Masukkan tepung ( BERCAMPUR B .POWDER )  sedikit sedikit dan santan . Gaul care kaup balik perlahan hingge sebati
Masukkan paste dan esen vanilla
Masukkan dalam loyang 9 inci dan bakar selame 45 minit hingge 1 jam pade suhu 170 C.



Thursday, 12 April 2012

Telur Mata Sambal


Haaaaa ini lah menu wajib di Dapurkakzu kalau takde stok lauk lain, bukan sahaja menjimatkan tetapi menjadi kegemaran anak anak dan kkzu juge. Makan lah dengan nasi panas panas dan kicap lagi ngam kan.

BAHAN BAHAN

5 biji telur
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3/4 cawan cili mesin
1/4 cawan cili sos
2 sudu besar gula
garam

CARE CARE

Goreng telur menjadi mata kerbau dan letak tepi.
Tumbuk bawang putih dan bawang kecil
Tumis bahan tumbuk hingge naik bau , masukkan cili mesin dan masak hingge cili garing
Masukkan gula, garam, cili sos dan sedikit air agar sambal sedikit berkuah
Tuang ke atas telur mata tadi.


garam

Wednesday, 11 April 2012

Puding Jagung Custard


Assalamualaikum..

Di suatu petang teringat kkzu kepade arwah opah satu ketika dahulu selalu buat kueh ini. Mase tuu kkzu masih  kanak kanak tadika gitu. Selalu balik ke kampung di kampung nyiur, Parit ,Perak. Pade waktu itu arwah opah suke masak menggunekan dapur kayu api walaupun ade dapur gas dan dapur minyak tanah.
Kueh lama kan tapi masih di nikmati hingge kini, yang teruknye kkzu selalu makan tapi tak pernah mengacau kueh ini, kkzu hanye menggunekan jagung biji dalam tin berbanding arwah opah kkzu suke menggunakan bijian jagung betul yang di hiris nipis.

Tak susah nak buat , hanye perlu bancuh dan mengacau  dalam kuali hingge pekat dan berkilat aje.Masukkan  dalam acuan dan masuk dalam peti sejuk, dah boleh menkmati kueh ini..

RUJUKAN ; myresipi

BAHAN BAHAN

1 cawan tepung custard
3/4  cawan gula
1 cawan jagung dalam tin
4 1/2 cawan santan
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan kacau hingge sebati dan mesra.
Masak atas api dengan menggunakan api sederhane, masak hingge adunan pekat dan berkilat
Tuang ke dalam acuan yang di sukai dan sejukkan dalam petisejuk.





Tuesday, 10 April 2012

8 SIFAT PAKAIAN WANITA ISLAM

Assalamualaikum..


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Monday, 9 April 2012

Frambozen Kenari


Kali terakhir kkzu membuat biskut FRAMBOZEN KENARI ialah pade syawal yang lalu. Mase tu masih terpinga pinga dan tergaru garu kepale macam mane nak buat biskut ini dan kali ini adelah sesi membalas dendam...wakaka...Kali ini walaupun bukan musim raye ape salah mengookies kan, belajar sebelom hari raye tiba dan buat kudapan di petang hari. Kali ini   ade lerr rupe biskut frambozen kan walaupun sapuan jem nye tak berape nak kemas sebab tak sabar punye kes, sapu jem pade biskut masih panas, jadi jem nye meleleh ke tepi.

Dari segi rasenye walawe crunchy munchy dan kkzu telah kurangkan banyak sukatan gula pade royal icing supaye tidak lerr melekat kat anak tekak kemanisan nye. Tak susah sangat nak buat nye cume kene bakar 2 kali, itu aje..Hasil nye insyaallah pasti you all suke..


Olahan ; dapurkakzu
Boleh di lihat di blog kesayangan ramai ; Azlita Aziz


Step to step secare ringkas klik di Dapur Kakzu..

BAHAN BAHAN

200 gm butter
1 biji kuning telur
3/4 cawan gula icing
100 gm serbuk almond @ cornflakes hancur
1/2  cawan susu tepung
1 3/4 cawan tepung gandum @ redrose

Putar butter dan gula icing hingge sebati. Masukkan kuning telur.
Satukan  serbuk almond dan  susu tepung.
Satukan kesemua bahan hingge menjadi doh ~ kalau adunan masih lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit.
Lapik tray 12 x 12 @ 10 x 10 dengan baking paper .
Letak adunan dan tekan padat , cucuk dengan garpu supaye biskut masak dengan cantik.
Tekan dengan Cutter dan bakar biskut selame 30 minit pade suhu 170 C.
Bile biskut telah masak angkat Cutter, sapu jem dan royal icing dan tekan CUTTER semula.Susun badam flakes di atasnye. Bakar lagi selame 20 minit. Kemudian kurangkan suhu kepade 100 C dan bakar lagi selame 1 jam untuk proses mengering dan mengrunchy kan.royal icing.
Keluarkan CUTTER dan biarkan biskut sejuk sebelom di angkat.

TOPPING
jem blackcurrant secukupnye ~ kkzu pilih jem strawberry
badam flakes secukupnye ~ panggang dahulu

ROYAL ICING
2 biji putih telur
80  gm gula castor
2 sudu besar tepung jagung
~ kalau suke topping yang tebal double kan aje sukatan ini.

Putar putih telur dan gula castor hingge menjadi meringue, masukkan tepung jagung dan kacau kaup balik hingge sebati.



Sunday, 8 April 2012

Jom Kite Makan


Assalamualaikum,
Hari ini kkzu nak bawak you all jalan jalan cari makan di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi steak house. Antare kedai pilihan kami sekeluarge kalau kkzu meraikan celebrate.Sori to say anak anak kkzu dah tak mahu potong kek mak nye lagi. Ape tak nye kalau dah selalu sangat makan kek testing, heeeeee gitu lerr nampaknye kan. Jom kite check out lokasinye.


Kedai nye memang ade ciri ciri kedai omputih.Seronok beronok kalau makan kat sini cume kadangkale agak bising sikit kalau ramai orang, habis tuu kalau dah semua nye nak menyembang.Servis nye pun sangat cepat dengan staf anak anak mude yang peramah peramah belake. Baye anak kkzu aje stafnye, mude remaje..

Austin Steak House
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Location ; 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1
Taman Kajang Impian
43650
Bandar Baru Bangi
Selangor

Bermule jam 5.00 petang hingge 2.00 pagi






wowwww ..CHICKEN WINGS DAN SOS MASAM MANIS


Chicken Chops, Harge nye sangat berbaloi., tak sampai 10 ringgit sepinggan satu set.


Layan.. mesti you all terliur kan, kkzu pun same..Ade lagi kami oder, lamb chop dan mee sizzling  , sudah lupe nak ambil gambar, lapar you, terus ngap, pun sedap jugak..

my sons along dan azim

Airnye memang di beri gelas besar.Paling feveret KIWI JUS...2 ringgit aje segelas..

Saturday, 7 April 2012

Biskut Coklat Cips Oren


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saje saje je kkzu buat cookies ni walaupun hari ini bukan lah hari raye. Saje buat untuk makan kudap kudapan. Dah nak habis dah pun. Sesekali jumpe cookies macam ni kalau di luar musim raye memang cepat laku kan sampai  tak berhenti nak mengunyah selagi tak habis.

Kalau cookies yang ade coklat coklat macam ini , haaaaa anytime budak budak suke.Tak laaa buat selalu sebab tinggi kandungan gula den lemak nye, sesekali takpe laaa makan.Actually ade 2 resepi yang lebih kurang aje. 1 resepi dari my sis, 1 lagi resepi di ambil dari himpunan resepi dari ButterAnchor punye koleksi yang dikeluarkan melalui poskad poskad yang di beri jike kite membeli barangan buat kek di Yummie Bakery, Bangi.. Saje saje nak terai, banyak pilihan resepi biskut coklat chips ni dekat blogger blogger seluruh malaysia, you all pilih aje mane yang berkenan ye.Kalau nak cube yang ini sile lah ye..





RESEPI 1

BAHAN BAHAN

260 gm butter
180 gm gula perang
80 gm gula castor
2 biji telur kuning
1 tsp esen vanilla
360 gm tepung gandum/ redrose
1 tsp b.powder
200 gm coklat chips
200 gm coklat masakan ( hiris nipis )
60 gm almond nibs ( panggang dahulu )
25 gm parutan kulit oren ( tak nak letak pun tkpe )

CARE CARE

Ayak tepung dan b.powder
Putar butter dan 2 jenis gula  hingge sebati
Masukkan telur kuning dan esen vanilla.
Satukan tepung dengan coklat chips, coklat cincang , parutan kulit oren dan almond nibs
Satukan kesemua bahan dan uli lah hingge sebati aje.
Dengan menggunakan hujung jari aje, ambil sejemput kecil adunan dan susun di atas loyang.Boleh tekan sedikit dengan garpu. Jangan buat ketulan biskut besar sangat sebab cookies ini akan naik sekali gande.
Bakar lah pade suhu 180 C selame 25 hingge 30 minit atau bergantung pade suhu oven anda.

***   ***

RESEPI 2 ( My sis )

BAHAN BAHAN

1 cawan butter
3/4 cawan gula
1 cawan gula perang
2 biji telur ( kkzu gune telur kuning aje )
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung gandum / redrose
1 sudu teh b.powder  + 2sudu teh air panas
1/2 sudu teh garam
2 cawan coklat chips
1 cawan walnut cincang @ almond nibs

CARE CARE

Putar butter dan 2 jenis gula hingge sebati
Masukkan telur dan esen vanilla
Kemudian masukkan tepung dan b. powder yang telah diayak ( resepi asal di suruh bancuh b.powder dengan air panas )
Akhir sekali masukkan kekacang dan coklat chips
Bakar cookies selame 20 hingge 25 minit pade suhu 180 C atau ikut suhu kepansan oven masing2 ye.
Biar biskut sejuk dulu baru di angkat sebab masa panas panas biskut tu terlalu mudah pecah .Dah sejuk baru angkat dan mamam.



Thursday, 5 April 2012

KEK KUKUS PUTIH TELUR


Saje saje je  kkzu buat kueh ini sebab bile bace resepinye, eeeihhh gune putih telor je , kebetulan pulak dekat dalam petisejuk adelah sikit lebihan putih telur yang tak  di gunakan. Apelagi godak godak lerrr mixer . sekejap aje dah siap kueh ni.Memang gebu dan lembut. Boleh lah teman teman terai ye. Tetapi kalau ikut sukatan asal banyak wooo gune putih telur, dekat dekat 10 biji jugak tuu. Kkzu buat setengah adunan aje memandangkan itu aje stok telur putih yang ade tetapi memadai hasilnye, kire banyak potongan jugak dapat nye.


RUJUKAN ; KAMA AZURA

bahan A
525 ml putih telur
400 gm gula
1 sudu besar ovelette
1 tsp garam
1 tsp baking powder

bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk santan ( susu tepung pun boleh )

bahan C
100 gm santan pekat ( dalam kotak )
1 tsp esen vanilla
90 gm mentega ( minyak pun boleh )
2 tbsp susu pekat manis

bahan D
1 tbsp pandan emulco
1 tbsp strawberry emulco
1 tbsp coffee emulco

CARE CARE

1.Putar putih telur hingge berbuih, masukkan gula, ovelette, garam dan baking powder. Putar hingge adunan menjadi kental.
2. Masukkan bahan B yang telah di ayak. Kacau kaedah kaup balik perlahan
3. Masukkan bahan C, gaul rate.
4. Bahagikan kepade beberape bahagian. kkzu buat 3 kaler aje ( pandan, strawberry dan coffee )
5. Panaskan pengukus dan masukkan selapis adunan ke dalam loyang 9 inci.Kukus selame 10 minit. Ulangi proses hingge habis. Lapisan yang terakhir kuku selame 20 minit.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil @ balut penutup pengukus untuk mengelakkan air jatuh ke atas kek.

notes ; untuk tekak kkzu terase sedikit manis, so boleh kurangkan gula kalau tak suke manis sangat ye.



Wednesday, 4 April 2012

Todman Pla



Makanan baru, rase baru, buat pun baru, Todman Pla adelah citarase makanan thailand , kate Chef Am. Pendapat kkzu rasenye ade seakan akan pais ikan tenggiri @ ikan kembung tu cume ade kelainan dari segi  rasenye dek daun limau purut tu. Negare Thailand kan terkenal dengan bau haruman daun limau purut.Ikan kembung ini di rebus dahulu , baru di ambil isinye.

Anak kkzu makan dengan nasi, ganti sebagai lauk gitu. Kalau melihat kepade sukatan serbuk cili tu dah pasti kalau makan Todman Pla ni sampai telinge berasap, pedas youu. Kkzu kurangkan sikit sukatnnye kepade 3/4 cawan aje, takut pulak telinge keluar asap, heeee gurau gurau , Chef Am.Dah la hari ni masak kari india ikan tenggiri, bertambah hot lerr kalau di cantum sekali hidangan nye.Kkzu rase kalau di gantikan dengan ikan tenggiri pun boleh jugak. Cobe lah ye, resepi ini kkzu lihat di TryMasak oleh Chef Am pade sesi yang kedue siri masak memasak di Puchong.

RUJUKAN ; Chef Am @ Trymasak

BAHAN A
2 cawan isi ikan kembung
1 mangkuk sedang kacang panjang ( hiris )
1 mangkuk kecil daun limau purut ( hiris )
3 biji telur ayam
1 cawan serbuk cili
minyak masak untuk menggoreng
Sos cili

BAHAN B ( kisar )
2 batang serai
5 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk lade hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Care penyediaannye
1. Satukan semua bahan di atsas dan gaul sehingge sebati
2. Bentukkan mengikut citarse dan goreng di dalam minyak panas
3. Hidang bersame sos cili.









TALAM LAPIS LABU


Buah labu di masak lemak putih campur sayur pucuk manis memang sedap.Cicah pulak dengan sambal belacan cili api dan ikan sadin hidup goreng.Mau meletop menu tu kalau makan tengahari di atas pangkin.Tetapi hari ini labu di buat kueh talam yang akan menambah lemak manis buah labu itu sendiri .Resepi dari YATIE memories  .Sedang elok aje bancuhan kueh ini, tak lembik tak keras, tak tawar tak manis sangat , sungguh ngam adunan nye.Terime kasih buat YATIE ye.Izinkan kkzu berkongsi resepi di sini pula ye.


RUJUKAN ; yatiememories

BAHAN BAHAN

bahan A
2 cawan air
1 1/4 cawan gula
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan di simpul

bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

bahan C
1/2 cawan santan pekat

bahan D
1 cawan labu  ( direbus dan lecek )
1 sudu besar pewarne kuning ( kkzu tambah )



CARE CARE

1. Masak bahagian A hingge gula larut.Ketepikan dulu
2. Dalam mangkuk lain sebati kan bahan B.Gaul rate dan masukkan bahan A ke dalam B.
3. Satu bahagian di masukkan bahan C ( santan ) dan satu lagi bahagian masukkan bahagian D ( labu ) ~ kkzu blender supaye lebih halus.
4. Bahagikan pula setiap bahagian pade 3 bahagian supaye dapat same banyak lapisan nye.


CARE MASAK KUEH

1. Panaskan kukusan .
2. Masukkan adunan labu ke dalam loyang yang telah di alas plastik dan kukus selame 7 minit.
3. Lapiskan pula adunan santan dan kukus selame 7 minit.
4. Ulang sehingge habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selame 20 minit.
5. Bile kueh telam masak biarkan sejuk dahulu barulah di potong menggunakan pisau plastik.

notes ; boleh menggunakan loyang 10 ( bulat ) @ loyang 8 ( petak )