▼
Thursday, 14 April 2011
AYAM MASAK MERAH
Ekeke, resepi ulangan,layan aje laaaa beb, sengetkan sikit kepale tuu bile nak tengok pic ayam sambal ni..wakaka..
RESEPI ; DAPURKAKZU
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
2 cawan cili mesin
2 batang serai
2 inci halia
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 cawan cili sos
1/4 cawan sos tomato
air secukupnye
1 labu bawang besar hiris nipis
1 biji buah tomato
gula dan garam secukup rase.
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingge garing dan ketepikan.
2. Blender bawang besar,halia,bawang putih dan serai
3. Tumis bahan bahan blender tadi hingge naik minyak.Masukkan cili mesin dan masak cili hingga betul2 garing.
4. Bile dah garing masukkan gula,cili sos , air ( ikut nak pekat mane ) dan garam.
5. Masukkan ayam dan bawang besar hiris.
AYAM MASAK RENDANG PERAK
RENDANG AYAM PERAK
bahan2
1 ekor ayam
3 labu bawang besar
3 inci haliahalia 3 inci
2 inci lengkuas
5 batang serai
* kesemua bahan ni di blender
1 cawan cili mesin
2 helai daun kunyit
5 cawan santan
1/4 cawan kelapa parut ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
2 keping asam keping
care2
1. Masukkan 1 cawan minyak dalam kuali
2. Masukkan bahan blender dan cili mesin.Masak hingge pecah lemak.
3. Masukkan ayam,santan , kelape parut,asam keping,serbuk kunyit
4. Masak ayam hingge empuk.
5. Bile dah empuk keluarkan ayam, keringkan kuah dulu.
6. Bile kuah dah pekat masukkan gula,garam, daun kunyit hiris dan ayam tadi, gaul dan angkat.
Wednesday, 13 April 2011
CHILLED OREO CHESSECAKE
SUMBER ; kongsi resepi fb
chilled oreo cheesecake (unbaked )
dasar biskut
200 gm biskut digestive
100 gm butter
@
200 gm biskut marie
150 gm butter
cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 7 @ 8...masukkan dalam petiais selame 20 minit.
bahan kek..
250 gm creamcheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil lemon emulco...sunquick pun bole...belasah je..kakzu tk letak sbb suke original.
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut.
60 gm gula halus
biskut oreo 1 peket..hancurkan 3 suku peket je masukkan dalam adunan..buangkan krimnye....selebihnye buat deco2.
***care kakzu..masukkan dlm plastik n tumbuk ngan anak lesung...jdik hancurnye ade kasar2 skit...
care2...
putar whipping hingge jadik krim.
putar cis dngn gula hingge kembang..masukkan gelatin,lemon paste (kalo suke)..putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan..masukkan biskut oreo hancur tdi.
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingge keras.
****bole hias ikut kreativiti...
****untuk rse yng lbih hebat bole lapiskan dngn strawbery @ blueberry filling n buah peach/strawberry/kiwi fruits
CHEESECAKE BLUEBERRY
SUMBER : mat gebu
BAHAN-BAHANNYA
500 g cream cheese
50 g gula halus
200 g "whipping cream"
5 kuning telur
120 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 g gula halus
Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
1/2 cawan "blueberry segar"
BAHAN HIASAN
200 g blueberry pie filling
CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .
2. Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. 3.Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental, tetapi tidak kejung .
5.Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata. Tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit.
6. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias kek mengikut kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.
SPOUNGE CHOCOLATECAKE STRAWBERY
Topping nye sepenuhnye menggunakan freshcream.Rase nye tak muak dengan lapisan filling strawberry di dalamnye.
KKzu baking kek ini untuk jiran kkzu yang mahukan kek yang ade rase aiskrim sikit.
bahan2 untuk kek..
Bahan A
40gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
6 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
150gm gula kastor
195gm tepung naik sendiri
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
90ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
11/2 tsp esen vanila
Bahan B
6 biji putih telur
90gm gula kastor
3/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed. ( atau mix air, gula, minyak dan gula hingge kembang , baru masukkan tepung. )
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai
5. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 lapisan
TIPS ; selepas dikeluar dari oven terus masukkan dalam kotak bertutup, tujuannye untuk mengelakkan kek menjadik kering.
bahan2 topping..
1. 500 gm non dairy whipping cream
2. Putar non dairy whipping cream ( rich gold label ) hingge kental @ soft peak.
3. Potong kek kepade 3 bahagian dan lapiskan dengan freshcream dan filling straberry dan hias mengikut kreativiti masing masing.
Tips untuk menghasilkan coklat keping klik di sini .
Tuesday, 12 April 2011
AYAM PANGGANG
Ape kate hari ini kite masak makanan sihat lagi menyihatkan tanpe minyak walaupun ade sedikit santan ( boleh gantikan dengan susu cair )AYAM PANGGANG
BAHAN BAHAN
10 ketul ayam
2 labu bawang besar
5 biji bawang kecik
5 biji bawang putih
3 inci halia
* blender kesemua bahan
1/2 cawan cili mesin
1 sudu besar serbuk kunyit
garam / gula secukup rase
1 cawan santan
care2
1. Satukan semua bahan.
2. Perap pade ayam dalam satu jam.
3. Masak ayam yang di perap atas api hingge separuh masak @ sampai masak terus..jangan lembik sudah
4. Keluarkan ayam dan panggang...pilih jer nak panggang atas arang @ dalam oven
5. Lebihan perapan ayam tadi campurkan dengan santan, masak atas api dan jadikan sebagai kuah ayam
NASI GORENG HOT MAMA
FUYOOOOO...hot mama eeeeihhhhh....Kalau malas nak masak lauk pauk ,haaaaa inilah hidangan yang paling sesuai.Pedas pedas dan hot dek lade hitam dan cili api ketuk tuu.
bahan2
Semangkok nasi putih
2 sudu besar cili mesin
1 sudu kecil lade hitam
1 sudu kecil lade putih
4 ulas bawang putih ketuk
1 labu bawang besar hiris
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
Udang ,daging, isi ayam
1 biji telur
10 biji cili api di ketuk
Garam dan bahan perase
CARE CARE
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingge naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan masak hingge garing
3. Masukkan sos tiram, rencah yng sepatutnye dan masukkan telur, kacau sebati
4. Masukkan nasi putih,lade hitam,lade putih,bahan perase, garam dan akhir sekali masukkan kicap supaye nampak berkilat
5. Akhir sekali masukkan cili api ketuk.
NASI GORENG SERAI
Sekali cube pasti nak lagi .Ade kelainan dari segi rasenye.Zuriana latip yang ajar kkzu care care nak masak hidangan nasi goreng spesel ini.Ingat lagi mase kkzu dapat resepi ini, Kami same same aktif di wall kongsi resepi. Disitu lah kkzu bermula dan mengenali ramai kawan di situ dari seluruh pelusuk malaysia termasuk Singapore dan Brunei.
Rujukan ; zuriana latip
bahan2
Semangkok nasi putih
udang,sotong,isi ayam
2 batang serai
1 inci belacan
10 biji cili padi
2 biji cili besar
2 sudu besar kicap
3 biji bawang kecil
1 biji telur
garam dan bahan perase
CARE CARE
1. Serai,belacan,cili,bawang kecik ditumbuk halus
2. Tumis bahan ni hingge garing
3. Masukan rencah,nasi dan goreng hingge masak
4. Last sekali masukkan telur dan kicap.
5. Sesuaikan rase garam dan bahan perase.
NASI GORENG UDANG
Hidangan biase yang kalau tahap kemalasan melanda.Ape lagi kalau bukan hidangan nasi goreng.Bukan sembarangan tauu, kalau nak makan kat kedai dengan bilangan udang yang penuh pinggan macam ni mau berpuluh puluh ringgit sepinggan.Kalau tak percaye haaaa pegi oder nasi goreng udang memanjat nasi.Mesti kene cas lebey punye.Mari kite masuk dapor hari ini dengan hidangan nasi goreng sempoi.
RESEPI; GOBOK BURUK
Bahan bahan
semangkok nasi putih
2 sudu besar sos tiram
2 kiub ayam
udang segar ( agak agak nak letak berape ekor, suke hati lah ye )
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar hiris
mix vegi @ karet dipotong dadu
10 biji cili api di ketuk
1 sudu kecil serbuk lade putih aji shio
1 sudu kecil serbuk lade hitam
care care
1. Tumis bawang dengan 1/4 cawan minyak, goreng hingge naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan kiub ayam.
3. Masukkan sayur mix vegi @ ape2 sayur yng anda suke.
4. Masukkan udang, gaul sekejapDAN masukkan nasi dan cili api.Goreng hingge masak.
5. Masukkan lade putih aji shio dan lade hitam.
6. Akhir sekali taburkan daun bawang dan bawang goreng.
7. Sesuaikan rase garamnye ( dah cukup masin nye sebab ade kandungan kiub ayam dan sos tiram )
NASI PAPRIK
Biase jumpe kat kedai kedai tomyam kan.Kalau kkzu makan kat kedai mule lah dok belek belek ape yang ade dalam hidangan ini dan bile balik rumah kkzu pun xperimen kat DAPURKAKZU.Bukan ape kalau masak sendiri boleh lah letak bahan rencah nye banyak sikit.Al maklum laaa, anak ramai kan, kuat makan pulak tu.Anak anak kkzu ade 4 orang semue nye dan semuenye lelaki.Mereke ini kalau keluar ke berjalan jalan ke mane mane, balik rumah tetap selongkar dapur jugak
RESEPI; GOBOK BURUK
bahan2
nasi putih
ayam,udang,sotong,daging..pilih jer ( kuantiti bergantung ye )
1 batang karet ( potong memanjang )
1 jambak bunge kobis
1 peket putik jagung
5 batang kacang panjang
10 biji cili api..ketuk
5 helai daun limau purut ( carik2 )
1 labu bawang besar holland ( hiris nipis )
3 ulas bawang putih ( cincang )
sos
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan ( kalau suke )
care2
1. Sayur di potong kecil kecil.
2. Tumis bawang putih dan masak hingge naik bau, masukkan sos satu persatu, masak kejap.Masukkan air secukup nye.
3. Masukkan sayuran dan ayam,udang dan sebagainye.
4. Sesuaikan rase garam dan gula nye.
5. Sukatan air ikut keperluan ye.
KEK COKLAT MOIST
KAKZU gelarkan kek coklat MUNIRA sebab sangat sangat terkenal kat KongsiResepi...ye betul betul sangat moist, siape yang belom mencube mari cube, gerenti puas hati punye..
kek yang tersangat la popular kat Kongsi Resepi, sangat moisttttt
SUMBER ; MUNIRA BAHAROM
KEK CHOC MOIST KUKUS
bahan2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
*semua bhn di atas gaul sebati dan masak atas api yang perlahan.
*rehat kejap bila bahan dah sebati.
bahan2 B:
tepung gandum 3/4 cawan
soda bicarbonat 1 sudu kecil (sudu kfc)
baking powder 1 sudu kecil (sudu kfc)
*semua bahan ini diayak.
bhn C:
telur 4 biji (blender jer)
CARE CARE
1. Satu kan bahan B dan C kedalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk
2. Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang yang disapu minyak
3. Kukus kek selame 30 -45 minit (bergantung pade saiz loyang), test cucuk dengan lidi kalau tak melekat makne nye kek dah masak.
*notes ; loyang kena panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
CHOCOLATE INDULGENT
Kek coklat lagi versi indulgent...coklat indulgent...
DIADAPTASI DARI ; KAK WAN
RESEPI : GOBOK BURUK
CHOCLATE INDULGENT...
Chocolate Chiffon
Bahan A
45gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
6 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
150gm gula kastor
195gm tepung naik sendiri
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
90ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
11/2 tsp esen vanila
Bahan B
6 biji putih telur
90gm gula kastor
3/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.
Filling : Mousse Coklat Hitam :
300gm chocolate masakan hitam
3 kuning telur (di pukul dahulu)
3 putih telur (di putar hingga kembang)
90gm gula kastor
3/4 tbsp mentega
370ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp + 1/4 tsp gelatin
70ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)
Cara-cara :
Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.
Topping Coklat Ganache
250 ml Anchor whipping cream (tawar)
300gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)
Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin).
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua,
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.
~~ SELAMAT MENCUBE ~~
Monday, 11 April 2011
IKAN BILIS PETAI CILI API.
WOOOOO..dengar aje petai mesti korang terliur kan, siape yang tak makan petai rugi tau, sebab petai ni sejenis ulam yang banyak khasiat nye walaupun ade sedikit bau tak menyenangkan tetapi bagi sesetengah orang aroma petai tuu yang buat selera makan bertambah, lauk kegemaran family kakzu..tapi awas makan dengan kulit2 nye ade rase pahit2 sikit...
bahan2
1 cawan ikan bilis
30 biji cili api
1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih cincang
5 papan petai
2 inci belacan
gula
garam
care2
Goreng ikan bilis dan petai(petai goreng kejap jer)secare berasingan.
Goreng bawang besar juga dan ketepikan dulu
Cili api dan belacan di tumbuk hancur
Tumis bawang putih, masukkan bahan tumbuk, goreng hingge garing
Kemudian masukkan gula dan garam secukup rase
Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis.
UNBAKE STRAWBERY CHEESECAKE
Satu lagi resepi unbake cheesecake, sangat senang nak membuatnye, godek godek, dah siap.Cheese kek ini kalau tak masak @ istilah unbake rase keknye lebih kepade rase puding sikit berbanding cheese kek yang di masak.Oleh itu wajar kite menambah rase pade kek ini dengan meletakkan buah buahan segar atau filling yang di gemari.Menambah buah segar seperti strawberry atau buah peach akan membuat kan anda tak akan berhenti memakannye.Nak lagi nak lagi...nak lagi satu, tuuu diaaaaa
BAHAN BAHAN
250 gram biskut marie
125 gm butter
250 gram cream cheese
200 gram yogurt asli
200 gram whiping cream
50 gram gula halus
15 gram gelatin halal..1 tbsp
60 ml air panas
blueberry pie @ strawberry filling
buah segar strawberry @ buah peach
cara:
1.Panaskan butter, hancurkan biskut kemudian gaulkan kedua2nya, masukan dlm loyang 8 cm , tekan2 biskut sampai padat, masuk dalam peti ais selame 30 mint.
2. Dalam bekas lain, putar cream cheese dengan gula sampai gebu, masukkan whiping cream, putar lagi dan masuk kan yogurt
3. Masukkan gelatin yang telah dibancuh dengan air panas
dan masuk kan ke dalam adunan cheese tadi.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang ade base biskut tadi separuh dan susun buah segar dan fiiling.Tuang baki adunan hingge habis.
5.Sejukkan dalam petisejuk selame 4 jam dan boleh lah di hias mengikut kreativiti.
notes :jike filling terlalu pekat bole cairkan dengan sukatan ini.
250 gm filling
60 gm air panas
20 gm gula
kacau hingge sebati.( satukan air gula dahulu )