▼
Sunday, 3 April 2011
TALAM JAGUNG
Mari cube buat dan makan talam jagung....temanye ikut bendere negeri KEDAH..kuning dan hijau...makan sepotong pasti nak lagi...
BAHAN BAHAN
bahagian bawah
240 gm tepung beras
1150 ml santan
60 gm tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung dalam tin (cream style)
sedikit pewarne kuning
1 tbsp tepung ubi
care2
1. Campurkan kesemua bahan atau diblender
2. Masak atas api sederhane hingge naik wap
3. Tuang dalam acuan 11x11 yang dialas plastik dan kukus selame 20 minit
bahagian atas
150 gm tepung gandum
1 cawan gula
3 cawan santan pekat(700 ml )
1 tbsp pandan paste
2 biji telur
care2
1. Blender kesemua bahan dan kacau atas api hingge naik wap
2. Tuang keatas lapisan bawah tadi
3. Kukus hingge masak selame 30 minit
No comments:
Post a Comment