▼
Saturday, 18 June 2016
BISKUT KELAPA CLASSIC
Kakzu nak share resepi biskut kelapa resepi dulu dulu. Crunchy tau dan tak perlu kasik mekap biskut ni.Resepi di share dari kelab whatsap kami ( ex SRC )
BISKUT KELAPA CLASSIC ( DOLU DOLU )
BAHAN BAHAN
1 cawan butter
3/4 cawan gula icing
1 telur kuning
1 cawan tepung gandum atau tepung REDROSE
1 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan kelapa kering ( beli di bakery )
CARA CARA
Satukan kesemua tepung dan gaul sebati
Putar butter, gula & kuning telur hingga sebati aje ( jangan lama )
Masukkan kelapa kering dan tepung
Uli sebati dan terap guna acuan kesukaan masing masing
Bakar selama 20 minit suhu 170
Notes : Masukkan tepung separuh...uli dan masukkan lebihan tepung sedikit sedikit ( uli sehingga adunan tidak melekit di tangan )
Notes : tidak perlukan habiskan tepung jika adunan sudah cukup keras
No comments:
Post a Comment