Sunday, 14 July 2013

Iftar ramadhan ( NASI AYAM IPOH MALI )

 hai..!!

Syukur alhamdulillah kita sebagai rakyat MALAYSIA boleh memilih apa saja makanan yang kita nak makan kan.Nak beli kat bazar ke, nak masak sendiri ke, nak berbuka puasa di surau atau masjid ke, sangat bertuah sebagai hamba nya di muka bumi ini.

Kkzu sebagai surirumah yang bekerja dalam rumah dengan pelbagai pekerjaan,memasak sendiri merupakan pilihan yang bijak,sebabnya modal utk hidangan dalam gambar hanya lah sekitar rm 20,boleh makan sampai sahur.Dah laa boleh di hidangkan panas panas lak tu. Ayam nya hanya menggunakan 3/4 ekor je dari sekor ayam.

Masa anak kkzu ke bazar ( jangan marah tau para peniaga sekalian sebab anda hanya mencari rezeki di bidang ini kan ) dok beli popia basah 6 ketol harganya rm 9 hingget, roti john ( tak tauu la pa yang john nya,, panjang nye kah ) RM 7,, Total dah rm 16..hahaaa agak mahal juga kan sebagai pembasah mulut je,,tetapi tak kata apalah kan , untuk para ibu yang bekerja mana ade cukup masa nak masak kan.Beli aje lah ya.
Kkzu  boleh la eksyen bulan ramadhan ni sebab tak banyak aktiviti,,kalau tak tu siang malan makan lauk kedai..hahaaaa..ni pun di jangka minggu terakhir ramadhan akan ke bazar juge sbb nak menyiapkan tempahan kek utk hari raya,,insyaallah.

layanssszz laaa photo photo ini ye,,mana tahu esok esok nak masak juge..!!

Klik sini untuk resepi NASI AYAM



 Untuk kuah cili ( sos ) boleh tambah kan hirisan cili padi di dalan nya.


1 comment:

  1. masak sendiri memang lebih sedap dan kebersihan terjamin. Keluarga bundo besar. sekali makan dekat 20 orang. Kalau ayam kena dua ekor baru cukup hiii....

    ReplyDelete