Friday, 18 January 2013

Bebola roti Udang


HAI..!!

Kebetulan kan kkzu sedang kopek udang hari ni nak buat sambal udang, sambil sambil tuu break jap nengok fb terpandang lak bebola roti udang ni kat Watie. Time kasih kat watie sharing resepi ni ye.
Waaahh terus tergoda, kebetulan bahan bahan nye mudah lak nak dapat,  eemmm sedap , kkzu dan anak anak suke tauuu...boleh makan gitu gitu aje cicah dengan sos  ataupun makan dengan nasi pun ok..

BAHAN BAHAN ( Anggaran kkzu aje ye )

10 keping roti ~ gunting kecil2 dan jiruskan dan basahkan dengan air.
20 ekor udang ~ potong kecil kecil
daun bawang ~ hiris halus
1 labu bawang besar ~ cincang dadu
1 biji cili merah ~ hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ kkzu tambah
1 biji telor ~ untuk menyatukan bahan supaya melekat
garam
serbuk roti kuning secukup nye.

Minyak untuk menggoreng

Satukan sahaja kesemua bahan dan kepalkan jangan padat, golek kan pada serbuk roti.Masuk dalam petisejuk jap.
Goreng laaa hingga garing keemasan.
Makan laaa dengan cili sos atau makan gitu gitu aje pun boleh kan watie.

5 comments:

  1. wah nampak sedap aa bebola udang ni

    ReplyDelete
  2. Wah...sungguh menyelerakan. ..sedapnya...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot. com

    ReplyDelete
  3. insyaallah sedap...anak2 n mak budak mesti suke ni

    ReplyDelete
  4. Oh kak... nampak sedap sgt. Kena Try nieh..

    ReplyDelete