Thursday, 22 September 2011

PUDING KOPI 3 RASE





Bahan bahan ( kuah )

Setengah cawan gula
2 tbsp air

Masak gula hingge jadik gula hangus dalam loyang
Masukkan 2 tbsp air...kacau pelahan

Bahan bahan agar2

1 peket agar2 dalam peket ( 10 gm )
1 cawan gula
1 tin  susu cair
1 liter air 2 helai daun pandan
sedikit nescaffe ( agak2 je sukatannye )

Care care

1 Masak agar2 dengan air hingge gelegak
2 Masukkan gula dan daun pandan
3 Bahagikan kepade 3 mangkuk
4.1 bahagian letak nescafee...1 bahagian lagi letak 1/2 tin susu cair dan nescafee...1 bahagian lagi letak 1/2 tin susu cair.( bole juga tambah sedikit susu pekat untuk menambah lemak )
5. Masukkan 1 bahagian kedalam loyang berisi gula hangus tadi..keraskan dulu baru masukkan bahagian kedue dan ketige
6 Simpan semalaman baru terbalikkan agar2 supaye gula hangus tadi bertukar menjadi kuah nye..

~ SELAMAT MENCUBE ~

No comments:

Post a Comment