Wednesday, 7 September 2016

KEK LAPIS SUTERA PELANGI

 KEK LAPIS SUTERA PELANGI

Kek lapis ini kakzu ambil inspirasi dari FB AZNIE KHASRI yang mana AZNIE beri nama KEK LAPIS BATIK SUTERA.
Tenkiu Aznie sudi share resepi 
CUMA kakzu olahkan menjadi rainbow
Memang sedap dan lembut kek ini sebab di dalam nya ade horlicks dan serikaya
Penyediaannya tak susah sebab hanya menggunakan 1 mixer dan bancuh sekali rap aje
Tak susah sebenarnya melapis kek cume perlukan sedikit kesabaran ketika melapis sebab mengambil masa 2 jam lamanya.
Dan kesabaran melapis satu satu hingga habis adunan.
Jom kite cek resepi 

BAHAN BAHAN

450gm butter
250g gula halus
10 biji telur (A)
170gm seri kaya (tin kecil)
397gm susu pekat manis FN
100gm holicks
1 tsp esen vanila
300gm tepung gandum

CARA CARA
1. Putar butter dan gula hingga kembang gebu
2. Masukkan telur satu persatu ( kocok dulu telurnya )
3. Masukkan susu, serikaya, horlick ( gaul sebati )
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan esen vanilla
5. Bahagikan adunan kepada 6 bekas dan warnakan setiap satu dengan 6 warna ( ungu, biru, hijau, kuning lemon, oren & bright red )
6. Panaskan oven selama 10 minit dan sediakan loyang 8 inci di gris BAWAH  nya sahaja dan lapik kertas
7. Tuang adunan utk lapisan pertama ( 180 gm setiap satu lapisan ).Bakar  menggunakan api ATAS DAN BAWAH selama 15 minit
8. Untuk lapisan kedua dan seterusnye ( 180 gm setiap lapisan ) bakar menggunakan api ATAS sahaja selama 7 minit
9. Tekan lapisan kek setiap kali hendak melapis seterusnye menggunakan penekan kek lapis
10. Untuk lapisan terakhir bakar kek menggunakan api ATAS DAN BAWAH selama 15 minit

Notes : 1 bahagian warna 2 kali lapisan ( semua ade 12 lapisan utk 6 warna )

SELAMAT MENCUBE DARI DAPURKAKZU
 


 


 


 



No comments:

Post a Comment