hAI....
Sedikit tips utk adik2 dan kakak semua
Cara kkzu mungkin berbeza dari orang lain tetapi inilah cara KAKZU...^ ^
APAKAH SUU OVEN YANG SESUAI UTK MEMBAKAR KEK
Suhu yang di syorkan ialah TIDAK melebihi 180.Biasa nya suhu 170 adelah sesuai.Ape pun kite kene mesre dengan oven sendiri walaupun ade oven yang sama jenis tetapi kekadang suhu nye berbeza.Selalu membakar kek .Jika kek pertama kali di bakar kek kering, maka turunkan sedikit suhu.
Jika kek tidak masak di tengah .mendap kata lain nya, maka bakar kek lebih lama sedikit. Tekan dengan jari , jika adunan kek sudah mengeras maka kek sudah masak, jika di tekan adunan kek tenggelam ke dalam maka kek di tengah belum cukup masak
Masa membakar yang di ajar oleh cikgu baking mungkin tidak sama dengan oven senidiri. Cikgu hanya memberi panduan masa sahaja.
APAKAH PERBEZAAN UHT WHIPPING DAN NON DAIRY WHIPPING
NON DAIRY ade lah whipping yang boleh di putar dan akan menjadi krim yng kental. Selepas di putar ia nya di panggil FRESHCREAM berwarna putih berseh
Jenama non dairy ~ VIVO, RICH GOLD LABEL , VALUE PRIDE dan lain2
UHT whipping adelah krim yng tidak di putar. Kebiasaan nya di gunakan utk membuat ganache
Jenama uht yng popular ialah ANCHOR, EMBORG dan lain2
APAKAH BEZA BAKING POWDER S & BAKING POWDER DOUBLE ACTION
Rupa dan warna baking powder adelah sama berwarna putih. Guna mengikut apa yng di kehendaki oleh resepi.
Kebanyakan resepi menggunakan baking powder biasa iaitu baking powder s.
BAGAIMANA NAK DAPATKAN CHEESECREAM YANG KENTAL
Pertama sekali keluarkan creamcheese dan butter serentak. Biarkan di suhu bilik seketika. Bila butter ditekan dengan pisau dengan tidak memaksa bermakna cream cheese sudah bersedia utk di putar.Putar dengan SEBATI sahaja bukan sampai lembik. Setelah di putar masukkan sekejap dlm petisejuk utk memfirmkan adunan cheese
BAGAIMANA CARA NAK SIMPAN WHIPPING CREAM DAN BERAPA LAMA IANYA BERTAHAN
Uht whipping di simpan di bahagian biasa BUKAN FREEZER
Non dairy di simpan di bahagian freezer sejuk beku. Keluarkan 1 jam lebih awal jika nak mengguna kannye.
Jika petisejuk tanpa ikan dan sayur , bermakna dalam petisejuk hanya ade barangan buat kek sahaja makanye uht whipping dan cheese akan tahan lebih lama sbb petisejuk tiada bakteria dari ikan dan sayur.
BERAPA LAMA KEK TAHAN DI DALAM PETISEJUK
Untuk tempoh seminggu kek masih ok dan rasa nya tidak berubah.
Ketahanan kek adelah 1 bulan tetapi selepas seminggu rasenye akan sedikit berubah, kata lain tidak fresh.
TELUR GRED APA YANG SESUAI UTK MEMBUAT KEK
Telor greb B kandungan telur putih dan kuning adelah sama banyak
Telur gred A kandungan putih telur putih sedikit lebih
Boleh guna dua2 gred ini tetapi A adelah lebih ok.
Gred C tidak di syorkan langung
BAGAIMANA NAK MENGELAKKAN KEK KERING SEMASA DI BAKAR
Masak kek dengan kaedah dua kali bakar makna nya menggunakan dua loyang. Adunan di bahagi dua. Bakar satu persatu. Kek akan masak lebih cepat sebelom kek mengering dalam oven
Masa membakar biasanya 30 minit jika adunan di bahagi dua
JIKA NAK BAKAR KEK NAK GUNA API YANG MANA
Oven letrik biasa nya dan kelaziman nya menggunakan api ATAS dan BAWAH. Suhunya sekata dan tidak mengeluarkan bara merah.
Api bawah sahaja akan mengeluarkan bara merah. Sesuai utk membakar kek kaedah man barie @ steambath ( ade air di bahagain bawah )
Semakin besar oven itu suhu nya tidak berapa panas dan sekata.
Oven yng sangat kecil ( muat loyang 9 sahaja contoh nye suhunya lebih panas )
BEZA JENIS TEPUNG UTK MEMBUAT KEK
Tepung gandum banyak jual di kedai runcit dan pasaraya
Tepung superfine adelah tepung halus tidak mengandungi ape2 bahan2 penaik
Tepung self raising flour adelah tepung naik sendiri mengandungi serbuk penaik
Guna mengikut keperluan resepi
BEZA GULA
Gula kasar lebih kepada utk membuat minuman dan gula hangus
Gula castor utk membuat kek ( lebih halus dari gula halus )
Gula halus ( granulated sugar ) utk membuat kek
Gula icing utk membuat topping pada kebiasaan nya
APE ITU GLICERIN
Glicerin ialah ejen pelembab kek. Biasenya di gunakan utk rainbow cake sbb kek nya nipis2
SUSU SEGAR & SUSU CAIR
Susu segar lebih ringan kandungan nya berbanding dengan susu cair yng lebih berlemak dan pekat.
Jika resepi menggunakan susu cair, jangan di gantikan dengan susu segar. Ini akan mempengaruhi tekstur kek dan rasa.
CARA MENGUKUR SIZE LOYANG
Di syorkan ukur di bahagian bawah TAPAK loyang lebih tepat sebab ade loyang yang lebih besar permukaan nya berbanding bahagian tapak loyang. Ukur menggunakan tali tape yng di sediakan oleh kedai bakery.
Penggunaan INCI lebih popular berbanding ukuran CM
BAGAIMANA NAK MEGELAKKAN KEK GARING DI BAHAGIAN ATAS
Selepas 3o atau 40 minit jika nampak permukaan kek sudah garing tetapi kek masih belom masak BUKA pintu oven sekejap dan tutup permukaan kek dengan ALUMINIUM FOIL dan teruskan membakar kek sehingga masak
KENAPA NAK GUNA KAEDAH STEAMBATH UTK MEMBAKAR KEK
Kaedah ini sesuai utk cheescake sebab jika cheesecake di bakar begitu sahaja tanpa air di bawah kek akan menjadi kering dan tidak lembab yng sepatut nya
KENAPA MERINGUE SAYA TIDAK MENJADI KENTAL
Kemungkinan di dalam putih telur ade kandungan kuning telur atau bekas yng sedikit berminyak
KENAPA NON DAIRY YANG DI PUTAR MENCAIR DAN PECAH PECAH
Sebab nya ia nya over putar atau putar terlalu lama dari masa yng sepatut nya.Semasa memutar non dairy tunggu sekejap di dapur sehingga selesai memutar. Masa yng di syorkan adelah 8 minit bergantung juga pada kuantiti dan kelajuan mixer
KENAPA KEK SAYA MEMBUKIT DAN PECAH MELETUS MCM GUNUNG BERAPI DI DALAM OVEN
Kebiaasan nya terjadi pada kek coklat. Ini adelah kerana kek coklat banyak kandungan coco powder dan baking powder.
Suhu yng di syorkan ialah 170
Jika masih membukit kurang kan kepada suhu 160
Jika masih membukit juga biarkan sahaja sbb kadang2 selepas di keluar kek dari oven dan loyang kek akan merata dengan sendiri
BOLEH KAH NON DAIRY YNG SUDAH DI PUTAR DI SIMPAN DALAM PETISEJUK
Jawapan nya boleh tetapi tekstur akan berubah sedikit berair dan tidak soft dan licin
Tahan lama di simpan sehingga ia nya berair dengan sendiri
Wrap dengan cyling wrap adelah di galakkan
APA BEZA PEWARNA AIR DAN OIL BASTE
Pewarna air harga nya lebih murah berbanding oil baste.
Pewarna oil baste di syorkan utk penggunaan bcream suapaya bcream lebih berkilat
APE ITU KAEDAH KAUP BALIK
Biasa nya apa bila freshcream bertemu dangan cheese, gunakan kaedah kaup balik sahaja dengan spatula, jangan menggunakan mixer atau hand mixer. Ini akan membuat kan adunan menjadi lembik dan pecah2.
Kaup balik juga di gunakan utk adunan meringue di satukan dengan adunan bancuhan tepung
BERAPA LAMA KEK AKAN TAHAN DI SUHU BILIK
Logik nya kek akan cair di udara yng panas jika di biarkan lama terutama nya wedding cake. Jika di dalam dewan berhawa dingin kek boleh di letak kan seawal jam 11 pagi.
Jika outdoor di bawah khemah, jam 12 ke 12.30 adelah memadai.
Untuk delivery kek ke sekitar 3 hingga 4 jam perjalanan, kek perlu di keraskan semalaman dahulu dlm petisejuk sebelom kek itu di delivery kan utk perjalanan selamat.
OVEN APA YNG SESUAI UTK SAYA BELI
Bergantung pada budget dan kegunaan ye.Jika selalu membakar cupcake, biskut, cream puff, cheesetart , roti dan lain2 di syorkan membeli oven yang besar supaya boleh membakar dengan kuantiti yng banyak terus sekali rap
Jika hanya membakar kek memadai oven yang boleh masuk loyang 9 inci hingga 14 inci
ADE budget lebih boleh beli oven yang berdeg deg .
Oven lebih kurang sama pemggunaan nya..sama aje suhu nye, yang penting mengenali oven sendiri, ade chemistry antara tuan badan dan oven
Jenama terpulang ikut suka
MIXER APA YNG SESUAI UTK SAYA BELI
Of course ikut budget.
Yng tahan moto nya ialah mixer berharga rm 700 keatas.Mixer besar motonya tahan lebih lama dan tak panas berbanding mixer kecil putih yng cepat jem dan terbakar.
Jika buat kek takat sehari sekali ok je mixer kecil putih pelbagai jenama. Jika mem baking lebih kurang 10 biji kek sehari atau lebih memadai guna yng berkuasa tinggi suapaya alah membeli menang memakai
Harga dari rm 700 hingga rm 2 ribu lebih bergantung pada jenama dan ketahanan
Antara nye KITCEN AID, SPAR, KENWOOD, BAKER, BERJAYA, BUTTERFLY, CORNELS & lain2
APAKAH ITU KRIMWELL
Krimwel ialah bahan utk membuat adunan bcream. Berbentuk seperti shortening.
Kandungan nya berminyak .
Bersambung !!
No comments:
Post a Comment