Friday, 18 September 2015

GARLIC SPAGHETTI OLIO AGLIO






GARLIC SPAGHETTI OLIO OGLIO

 Menu ni di masak oleh anak kkzu RIDHWAN, kkzu memang tak berapa terror masak makanan barat ni..kalo suruh kkzu goreng ikan masin boleh lerrrrr..
Apa apa pun kzu nak share resepi ni ngan u ols
Bahan utama penyedap nya adelah minyak zaitun & bawang putih

BAHAN BAHAN
1/2 peket spagetti ( rebus mcm biasa di dalam air gelegak sehingga masak, masuk sedikit minyak suapaya spagheti x melekat selepas di toskan air nya )
10 ekor udang ~ pilihan
3 ekor sotong ~ pilihan
1 biji tomato ( belah kecik dan panggang dalam oven ) ~ mini tomato lagi cantik
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk gravy ~ ade jual di pasaraya ~ dah rasa masin
1 sudu kecil daun pasley
1 sudu besar cili flake ~ ade jual di tesco
6 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1/2 cawan minyak zaiton
daun ketumbar ~ hiris halus
garam sesedap rasa

CARA CARA
1. Panaskan minyak zaiton dengan api kecil, masukkan bawang putih, biarkan bawang putih masak dengan perlahan supaya minyak zaiton bersatu dengan bau bawang putih. Masak hingga kekuningan.Ketepikan
2. Gaul kan sotong dan udang dengan serbuk lada hitam dan garam.Goreng hingga masak.Sekejap sahaja.
3.Panggang buah tomato
4. Masukkan spagheti ke dalam MANGKUK BESAR. Masukkan bahan seafood, lada hitam, serbuk gravy, sedikit garam , cili flake, daun pasley, buah tomato, daun ketumbar  dan minyak zaiton bercampur bawang putih ( masukkan sedikit2 takut terlebih minyak )
Gaul sebati dan siap utk di makan.

SELAMAT MENCUBA




No comments:

Post a Comment