▼
Friday, 26 October 2012
Daging goreng manis
Hai..
Assalamualaikum..
Selamat hari raya aidil adha buat semua umat islam seluruh dunia.
Ape kata tambah 1 lagi hidangan atas meja dengan hidangan daging goreng manis ni disamping hidangan wajib rendang ayam @ daging.
Insyaallah di tempat kkzu di bandar bukit mahkota akan melakukan ibadah korban pada esok hari sabtu di perkarangan surau al mujahirin.Tahun ini kami para kumpulan muslimah di tugaskan untuk memasak sup tulang dan gulai kawah, manakala kaum lelaki di tugaskan untuk menyembelih dan memotong daging dan di agihkan kepada seluruh penduduk sekitar, Saban tahun bilangan lembu yang akan di korban kan bertambah nampaknye. Tahun ini adelah yang paling banyak iaitu sebanyak 8 ekor lembu.Alhamdulillah.
Daging goreng manis
800 gm daging ~ hiris nipis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/ 2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili mesin
2 labu bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris
2 biji cili masak ~ hiris memanjang
minyak untuk menumis
Basuh dan hiris daging
Perap daging dengan garam, gula dan serbuk kunyit selama 1 jam @ lebih
Panaskan minyak dan tumis daging yang di perap tadi. Kecilkan API dan masak sehingga daging empuk. ~ tutup kuali supaya daging masak dengan cepat dan berjus , tidak perlu masukkan air.
Setelah daging empuk masukkan cili mesin, gaul beberape minit.
Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih, gaul rata.
Masukkan kicap manis dan cili masak.
Gaul sebati dan boleh laaa di hidang bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment