▼
Sunday, 30 September 2012
KEK BATIK KEKACANG
hai
Assaalamualaikum...
Kek batik eeeihhh, sape lak nak mencipta kek kain pelekat..!!!
Kek yang berkurun lama di pasaran , ade banyak versi dan resepi, tepuk dada tanya hati nak buat yang versi mana, nak taruk tepung kah, nak teruk telur kah, yang ini takde tepung dan telor gitu.
Resepi telah di sumbangkan jiran kkzu yang rumah nye takde line internet, so takde link ke mana mana.
Adat berblogger harus meletakkan sumber dari mana resepi itu di ambil , kalau tidak sudah di kire melanggar etika gitu...kan kan.
KEK BATIK KEKACANG
BAHAN BAHAN
1 Bungkus biskut marie ~ ape ape jenama pun boleh ~ di patah 4
1/4 tin susu pekat
1 cawan gula perang
185 gm butter
1 1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 1/2 cawan air panas
120 gm almond nibs ~ panggang dahulu
Bancuh serbuk koko, milo dan air panas hingga sebati
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk @ kuali kecuali kacang almond dan biskut
Masak hingga pekat dengan api sederhana ~ lebih kurang 10 minit gitu.
Setelah pekat masukkan kacang dan biskut .
Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang 8 inci yang telah di alas plastik. Tekan hingga mampat.Tabur kacang nibs secukupnye.
Masukkan kek batik ke dalam petisejuk beberapa jam.
menarik!
ReplyDelete