Wednesday, 27 April 2011

KEK MARBLE SUSU



Moral of the story kalau takde oven masih boleh membakar kek menggunakan acuan bengkang dan bakar atas api yang kecil di atas dapur memasak anda.Dengan syarat bahagian bawah acuan letak acuan besi nye.Kalau tak nanti kek hangit.Tu die hasilnye masih boleh menikmati buttercake yang lemak itu.


Kek Marble Susu

Bahan-Bahan


250 g mentega 
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum@halus ) di ayak bersama
1 camca teh baking powder )
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat@capucinno emulco

1. Pukul mentega,gula dan  ovellete hingge kembang

2. Masukkan telur sebiji sebiji...
3. Masukkan tepung dan susu  pekat
4. Bahagikan  adunan kepade 2 bahagian 
5. 1 bahagian masukkan  coklat emulco,  campuran susu cair dan serbuk koko.1 bahagian lagi biarkan kosong.
6. Susun adunan berselang seli dan bakar kek selame 1 jam @ hingge masak

No comments:

Post a Comment