sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 3 February 2013

Tema dark purple

 hai..!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Cerita minggu ini kan begini..
Soalan yang paling popular yang di tanya kalau nengok kek yang ber cheesecream ini ialah ' kakkkkk,, tak cairrrrr kek ni kat panas'. Kalau di biar berpanas berjam jam kek ape pun akan cair dan runtuh kan.Untuk perjalanan jauh memang laaa tak di galakkan tetapi kalau pandai dan berhati hati menjaga nye masa nak travel insyaallah kek akan selamat tibe.
Biasanye wedding kek kite tak pacak kan awal awal kat bawah khemah yang memang panas tuu kan, lain laaa kalau dewan berecon. Kire kire 1 jam lagi nak potong kek barulah kek akan di pacakkan.Dalam tempoh tuu insyaallah kek tak akan runtuh punye .
Kali ini tema  dark purple istimewa buat pengantin baru LINDA dari Taman Medan, petaling jaya.
3 jenis kek walnut carrot cake,  red velvet & rainbow cake bercheese cream. ( 12, 9 & 8 inci )
Cara cara nak mendapatkan cheese yang kental untuk di lepa boleh lihat di SINI. Kkzu berharap ianya dapat membantu serba sedikit ye.



 3 jenis kek yang berlainan


Kek yang menjadi pilihan ramai sebagai kek hantaran perkahwinan dan pertuanangan.

 Cupcakes coklat moist buttercream
3 tiers wedding cake

Friday, 1 February 2013

Rainbow cake ~ kek pelangi

 hai...!!

Assalamualikum..

haaaaa teruja tak nengok kek yang berkaler kaler ini. Tak susah sangat nak buat nye cume memerlukan sedikit kesabaran nak meghasilkan nye hingge selesai siap sebiji kek.Wajib bakar satu persatu selama beberapa minit tetapi awas jangan over bake , nanti kek akan jadi kering dan bile dah siap bakar kesemuanye baru lah di letak topping yang pelbagai variasi topping boleh di realisasikan pada kek renbo ini.
Yang filling kaler hijau ( kiwi filling ) suke suka aje kkzu nak letak sebagai penambah warna.Boleh gune pelbagai versi kek tetapi kek renbo yang ini kkzu gune adunan butter cake dari blog kesayangan ramai  Mat Gebu. 
Terima kasih banyak ye mat GEBU, banyak resepi resepi mat gebu yang menjadi pilihan.
Kek ini menggunakan loyang 8 inci , kalau you ols nak gune loyang 9 boleh buat kiraan dengan menjadikan adunan ini satu adunan setengah.Tapi untuk resepi ni adelah sedikit godaman yang dibuat mengikut bahan bahan yang ade kat dapur dan kesesuain kek.
Kek yang menjadi pilihan ramai kalau nak celebrate majlis gempak gitu, bile terpotong aje kek tu mesti tetamu akan kate wahhhhh cantiknyeeeee,,gitu lah lebih kurang..heee
Jom kite mulakan membakar kek pelangi.


BAHAN BAHAN

300 gm butter ~ buttercup dalam tin emas ~ kalau nak gune jenama lain redah aje ye.
200 gm gula castor
5 biji telur
1 tsp ovelette
1 tbsp esen vanilla
280 gm tepung superfine ~ ayak
1 tsp double action baking powder
20 ml susu segar

CARA CARA

Putar butter dan glicerin hingga kembang dan gebu ~ putar agak lama juge sebab takde kandungan gula di dalam nye.
Bile butter dah betul betul kembang masukkan tepung bercampur baking powder. Putar sekejap aje.
Dalam bekas lain putar telur, gula dan ovelette hingga kembang dan gebu putih serta likat pekat.
Satukan bahan butter dan adunan telur.Putar sebati tetapi  jangan lama sangat.
Masukkan esen vanilla dan susu segar.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu dengan kaler yang berlainan.~ jenis kaler yang di gunakan ialah kaler cecair.( ungu, biru, hijau tua, oren, kuning & merah )
Bakar satu lapisan selama 15 minit setiap satu atau bergantung pada kepanasan oven masing2.
Bakar sehingga habis 6 kaler.

Topping kek ikut kesukaan masing masing ye










Wednesday, 30 January 2013

Cakes


2 kek coklat moist ( RM 55 ) 2 KILO , SIZE 9  & 2 marble cheese brownies ( RM 60 ) SIZE 9 1/2

 rvc hantaran ( RM 85 ) SIZE 9, 2 KILO

 kek karamel ( RM 35 ) 1 KILO, SIZE 8

 rvc ( RM 75 ) SIZE 9, 2 KILO

 kek coklat moist WITH EDIBLE & CADDLE ) ( RM 70 ) SIZE 9, 2 KILO

 rvc kapkek 16 PCS ( RM 45 ) SIZE M ( 2 1/2 AUNS )

 coklat indulgent ( RM 80 ) 2 .5 KILO,  SIZE 9

rainbow cake ( RM 90 ) SIZE 9, 2 KILO

Saturday, 26 January 2013

Sabariah masuk DAPURKAKZU


hai..

Segala MAKLUMAT @ JADUAL terbaru ada di SINI...

Cabaran betul nak deco kek renbo sebab lemon cheese  cream alah dengan cuaca panas..
Kalau kkzu nak deco kek ni kkzu akan pilih cuaca sejuk di waktu pagi @ dalam keadaan ber econ lebih baik.

 Sabariah sedang syok melayer coklat indulgent, kan kan..

 ewah ewah...

2 kek untuk Sabariah seorang ( bawak balik kek penuh 2 biji )
26 february 2013
rainbow cake & coklat indulgent

Wednesday, 23 January 2013

kek di DAPURKAKZU

 JAPANESE COTON CHEESE CAKE ( RM 60 ) SIZE 9, 1.5 KILO

 BLACK white russian cake ( RM 80 ) SIZE 9, 2.5 KILO

 kek coklat moist WITH EDIBLE & CADDLE ( RM 70 ) SIZE 9, 2 KILO

 caramel cake ( RM 35 ) 1 KILO, SIZE 8

 caramel cake ( RM 35 ) 1 KILO, SIZE 8

 red velvet cake ( RM 75 ) SIZE 9, 2 KILO

 caramel cake ( RM 35 ) 1 KILO, SIZE 8

   caramel cake ( RM 35 ) 1 KILO, SIZE 8

 Coklat indulgent ( RM 80 ) SIZE 9, 2.5 KILO

 rainbow cake ( TANPA TOPPING KELILING ) RM 75, SIZE 9, 2 KILO

 red velvet ( RM 75 ) SIZE 9, 2 KILO

 coklat indulgent ( RM 80 )SIZE 9, 2.5 KILO

 caramel cake ( RM 35 ) 1 KILO, SIZE 8

 red velvet WITH FLOWER ( RM 85 ) 2 KILO, SIZE 9

 pandan muffin, double coklat muffin & blueberry muffin ( RM 1.50 1 PCS ) SIZE M ( 2 1/2 AUNS )

 rainbow cake ( RM 90 ) 2 KILO, SIZE 9

 pandan muffin ( RM 1.50-  1 PCS ) SIZE M ( 2 1/2 AUNS )

 kek coklat moist WITH EDIBLE & BOLA TEAMS  ( RM 75 ) SIZE 9, 2 KILO


Marble cheese brownies ( RM 60 ) SIZE  9 1/2

Tuesday, 22 January 2013

Moh kite belajar buat kek !!

 hai..

ini kak rafidah dan kak ina punye hasil baking..
Bukan senang tauu nak meghasilkan kek karamel yang banyak songeh ni tetapi jike di buat dengan step yang betul dan di adun dengan sabar insyaallah pasti berjaya,


20 january 2013
Kak rafidah & kak ina
kek keramel, coklat indulgent & ccmc

 16 january
Malis dan Nadhrah
red velvet dan kek karamel.


 ini adelah ccmc ( coklat cheese moist cake ) dibuat dalam tupperware . Bile buat di rumah untuk dijadikan sebiji kek boleh buat di dalam loyang base.

Bile memilih date dan kek di JADUAL TERBARU  pilih laaa date yang masih tak bernama ye. Kalau dah ade nama maknenye dah penuh walaupun yang tertera hanye 1 nama.
Boleh datang seorang ( bayar penuh ), due orang ( share bayar ) @ 3 orang. ( share bayar )
1 hari paling minima belajar 2 kek ye walaupun ade yang marah marah mengatakan mereka nak buat 1 kek aje dan bukan tujuan untuk berniaga tetapi kkzu sangat sangat berharap agar sekalian dapat memahami keadaan kkzu yang sebuk dan sedikit mengejar masa.Sebab itu lah kkzu memberi kelonggaran boleh bawak kawan 1@ 2 orang dan anda boleh share bayar kerana kkzu memahami bukan semua mampu mengeluarkan 2 hingga 3 ratus walaupun di kalangan pembaker lain tindakan kkzu agak ni agak pelik sikit. Yelaa orang lain kire ikut kepala walaupun yang datang tuu 10 orang. Bile kkzu dah bagi kelonggaran tetapi masih ade yang nak marah2 nak discount,  sepuluh jari kkzu susunkan.Tanyalah pada mereka yang pernah datang, semua bahan bahan kkzu sediakan termasuk kesepahan yang melanda tauuuu...pisssss yo
Untuk menjawap pertanyaan massage juge tiada kate2 gurauan dan itu mungkin menunjukkan sedikit tidak mesra alam gitu tetapi kkzu tidak berniat begitu cume kkzu agak sebuk membaking dan kkzu juge lah yang menjawap pertanyaan call dan massage dari seluruh malayasia gitu, jadi terpaksa laa jawap street to the point gitu.
Ok laaaa jumpe lagi ye di lain hari. Insyaallah kkzu berharap agar yang dah pernah datang dan repeat datang , dan yang bakal datang kkzu doakan agar kalian berpuas hati ape yang di tunjuk ajar ye.Jike ade kesilapan tutur kata dan perbuatan pohon maaf kkzu pinta.





Friday, 18 January 2013

Bebola roti Udang


HAI..!!

Kebetulan kan kkzu sedang kopek udang hari ni nak buat sambal udang, sambil sambil tuu break jap nengok fb terpandang lak bebola roti udang ni kat Watie. Time kasih kat watie sharing resepi ni ye.
Waaahh terus tergoda, kebetulan bahan bahan nye mudah lak nak dapat,  eemmm sedap , kkzu dan anak anak suke tauuu...boleh makan gitu gitu aje cicah dengan sos  ataupun makan dengan nasi pun ok..

BAHAN BAHAN ( Anggaran kkzu aje ye )

10 keping roti ~ gunting kecil2 dan jiruskan dan basahkan dengan air.
20 ekor udang ~ potong kecil kecil
daun bawang ~ hiris halus
1 labu bawang besar ~ cincang dadu
1 biji cili merah ~ hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ kkzu tambah
1 biji telor ~ untuk menyatukan bahan supaya melekat
garam
serbuk roti kuning secukup nye.

Minyak untuk menggoreng

Satukan sahaja kesemua bahan dan kepalkan jangan padat, golek kan pada serbuk roti.Masuk dalam petisejuk jap.
Goreng laaa hingga garing keemasan.
Makan laaa dengan cili sos atau makan gitu gitu aje pun boleh kan watie.

Blueberry muffin


hai...!!

Jom kite buat muffin pulak hari ni walaupun muffin kkzu dah lame di buat tapi baru hari ni sempat nak di uploadkan resepi nye, sangat mudah tapi ambil sedikit masa yang panjang  dan modal kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak.

BAHAN BAHAN

100 gm butter di cairkan
1 biji telur besar
100 gm gula castor
200 ml/ gm susu segar
1 tsp esen vanilla
200 gm tepung gandum ~ ayak
2 tsp baking powder ~ ayak
1/2 tsp soda bikabonate

filling blueberry secukupnye




CARA CARA

Kocok kan telur dan gula ( kacau seperti nak buat telur dadar laaa kirenye )
Masukkan butter cair dan susu segar
Masukkan esen vanilla dan tepung yang bercampur b. powder dan soda bikabonate
Kacau sebati sahaja
Masukkan separuh adunan muffin ke dalam bekas cupcake size yang di sukai. Letak inti blueberry dan tutup adunan hingga hampir penuh.
Lorekkan dengan filling blueberry
Bakar muffin selama 30 minit pada suhu 180 C @ IKUT kepanasan oven memasing ye.



Didalam gambar adunan bersize M @ 2 1/2 auns

Tuesday, 15 January 2013

Blueberry Oreo Cheesecake


hai..!!

jumpe lagi..

Mari kite makan cheesecake nak..!! untuk kkzu makan sepotong kecik cukup dah sebab pio cheesecake ni sangat lemak dan padu rasanye.Lagi satu resepi yang lain menggunakan ' meringue " sedikit berlainan versi dan rasa dan kek nye agak tinggi sedikit dari pio cheesecake ini tapi dari segi ketulenan nye ini memang pio. cume kite boleh laaa olah kan dengan menambah ape2 buah segar seperti strawberry @ blueberry di dalamnye.

Sumber : Dapurkakzu

BAHAN BAHAN

Base ~ tapak kek
180 gm biskut tiger ~ boleh juga nak tukar kepada biskut lain seperti digestive, lemak, marie
110 gm butter
50 gm almond nibs ~ pilihan
Cairkan butter dan masukkan biskut yang telah di hancurkan. Masukkan almond nibs.
Kacau sebati
Tekan padat di dalam loyang base ( loyang boleh buka ) size 9 inci.
Masukkan dalam petisejuk sebentar

500 gm creamcheese ~ pilihan kkzu philadhepia
2 cawan gula castor ~ boleh kurangkan pade yang tak suka sangat manis
2 biji telur
100 gm uht whipping cream anchor
40 gm tepung gandum
1 peket biskut oreo hitam ~ buang inti nye
1 tsp lemon jus ~ pilihan

Filling blueberry secukupnye ~ boleh juge gune filling berlainan seperti strawberry




CARA CARA

Biarkan creamcheese di suhu bilik beberapa jam.Bile cheese sudah lembut, putar kan cheese dengan gula castor hingga lembut.
Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati dan lembut
Masukkan jus lemon, whipping cream dan tepung gandum yang telah di ayak.
Masukkan biskut oreo yang telah di patahkan empat ~ kaup balik sahaja

Sediakan loyang yang telah berisi biskut tadi.
Letak sedikit filling dan ratakan pada atas biskut.
Masukkan kesemua adunan cheese.
Picitkan filling blueberry yang telah di masukan kedalam plastik piping ke atas adunan.. Lorekkan dengan mengunakan lidi.
Bakar selama 20 minit hingga 30 minit pada suhu 170 c.
Sejukkan kek dan boleh laaa di makan sambil tutup mata,

~ SELAMAT MENCUBE ~

~