Salam..
Hai..
Hari ini kkzu ade sedikit masa free maka sempat la menguli donut kentang yang sangat lembut ini ( ayat skema okeh ) memang lembut..!!
Resepi dari rakan fb zuriana ~ time kasih zuriana yang memang rajin memasak dan share resepi di fb
Donut kentang
sumber ; zuriana
BAHAN BAHAN ( kzu olah menjadi sukatan 500 gm tepung )
500 gm tepung gandum ( cap sauh )
2 biji ubi kentang ( buang kulit dan rebus hingga empuk dan lecek hingga hancur halus ) ~ agak2 kentang tu nak besar mana
2 biji telur ~ pilihan ( x letak pun donut tetap sedap )
1 tsp garam
3 tbsp gula
2 sudu besar susu tepung ( kzu x letak sbb xde stok susu kat rumah )
200 ml air sejuk ( kzu guna susu segar sejuk utk menggantikan susu tepung )
3 sudu besar butter ( 70 gm )
2 sudu kecil (tsp ) baking powder
1 peket yis mauripan ( 11 gm )
CARA CARA
Satukan tepung, yis, gula dan garam.Gaul rata
Masukkan butter. Uli rata
Masukkan , kentang lecek dan air susu sejuk sedikit sedikit. Uli hingga lembut ** jika adunan doh x cukup lembut boleh tambah susu segar sedikit sedikit
Uli hingga lembut
Biarkan doh naik sekali ganda ** tutup bekas dengan penutup atau tuala suam
Tumbuk doh utk keluarkan angin dan canai doh, terap menggunakan acuan donut
Biarkan doh donut naik sekali ganda lagi.
Goreng dalam minyak sederhana panas dan salut dengan gula castor
Hasilnye anda akan makan tanpa sedar sebab donutnya sangat lembut dan auwwwww gebu...keh keh ayat skema dari kkzu
** untuk memfrozen kan donut ~ susun donut dalam loyang pembakar yang sudah di gris. Bakar selama 6 minit dengan suhu 170. masukkan dalam plastik atau bekas, bekukan dalam petisejuk.
▼
Wednesday, 10 December 2014
Monday, 8 December 2014
Kelas membuat kek di DAPURKAKZU
Salam..!!
Hai semua..
Klik JADUAL TERBARU ~ lihat lihat dan pilih date nak hadir jika nak datang belajar.
Lepas tu boleh whatsap kkzu ya 017 6331252
Photo photo sekitar kelas pada minggu minggu yang lalu...cakkkk
TQ you ols sudi hadir ya teman teman.
Di harapkan selepas ini rajin mencube ya..selamat makan kek dan selamat mambaking,, moto kkzu " bukan tak pandai membaking @ melepe kek tetapi tak biasa sahaja, kene buat selalu "
26 NOV 2014
ZARINA & AISHAH ( SUNGAI BESI,KL )
COKLAT INDULGENT, RAINBOW CAKE ROSES & RED VELVET
ZARINA & AISHAH ( SUNGAI BESI,KL )
COKLAT INDULGENT, RAINBOW CAKE ROSES & RED VELVET
KHALIDA
27 NOV 2014
RUSSIAN CAKE, RAINBOW CAKE ROSES & RED VELVET
27 NOV 2014
RUSSIAN CAKE, RAINBOW CAKE ROSES & RED VELVET
ELLYN ( SERTEMBAN 2 )
28 NOV 2014
CCMC, RED VELVET & RUSSIAN CAKE