sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 29 August 2016

KEK COKLAT CHEESE LAVA BERHANTU

Kek dalam bekas senang nak makan dan jual



COKLAT CHEESE LAVA @ KEK BERHANTU

Walaupun kkzu sangat bz tetap tidak melepaskan peluang mencobe kek berhantu ini, Kek coklat nya adelah kek coklat IBU DUIT..Topping atas boleh di pelbagaikan mengikut kreativtti masing2.
Boleh jual dah ni dalam bekas kecil kecil.Sangat sesuai di buat dalam bekas , bukan dalam bentuk kek sebiji kerana kek ni perlukan lapisan lava ganache tu, baru kek ade uummpphhh.

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar


250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat

STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA


~ SELAMAT MENCOBA  ~


12 comments:

  1. Terima kasih resepi. Teringin nya nak makan sekarang. Kena keluar beli bahan :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih resepi. Teringin nya nak makan sekarang. Kena keluar beli bahan :)

    ReplyDelete
  3. Satu adunan ni dpt berapa bekas yer

    ReplyDelete
  4. Satu adunan ni dpt berapa bekas yer

    ReplyDelete
  5. sedapnya...tak sempat lagi nak merasa kek ni..tenkiu resepi nya puan..kena cuba nih.

    http://dotneeda.blogspot.my/2016/10/kenapa-protein-sangat-penting-kepada.html

    ReplyDelete
  6. Trima kasih kak zu..dh lm nk try..xtry2 jg..craving nk mkn..hubby suh wt sdri..berbaloi..hehe..

    ReplyDelete
  7. resipi ni dh buat sy jd bisness kek..

    ReplyDelete
  8. Memang berhantu kek ni. Tp renyahh hehe

    ReplyDelete
  9. Kalau tak gune cheese jename tu boleh tak ?

    ReplyDelete