sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 20 May 2013

Karipap TRADISIONAL


 HAI..!!

KKZU panggei karipap biasa atau karipap kampung sebab yang moden nye karipap pusing kan...ye kan..kottt
Nak buat yang karipap biasa ni tak laaa sesusah karipap pusing...godak godak siapppp..

Ok laa jom lihat resepinye ye

SUMBER : HA SUE

KARIPAP TRADISONAL



Bahan Inti

1) Ubi kentang – buang kulit dan dipotong dadu ( 3 biji )
2) Bawang besar – dipotong dadu (1 biji )
3) Bawang putih – dicincang ( 2 ulas )
4) Rempah kari daging – Bancuh dengan air supaya menjadi paste ( 2 sudu besar )
4) Daging di potong kecil ( 1 cawan )
5) Air ( secukupnye untuk melembutkan ubi kentang )
6) Gula ( secukup rasa )
7) Garam ( secukup rasa )
8) Minyak ( 4 sudu besar )
9) Daun sup hiris halus ( pilihan )
10) Daun kari ( pilihan )

** daging boleh juge di gantikan dengan ayam, sadin,ikan bilis tumbuk

Cara cara
1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
3) Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak dan sedikit garing
4) Masukkan ubi kentang dan daging cincang, gaul sebati
5) Masukkan air secukupnye  dan masak hingga ubi kentang menjadi lembut
6) Setelah empuk masukkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan inti karipap


Bahan kulit karipap

1) Tepung gandum ( 400 gm )
2) marjerin  ( 2 sudu besar )
3) minyak – di panaskan  (1/2  cawan )
4) garam ( 1 sudu kecil )-satukan dengan air ais
6 ) Air ais di campur garam ( ½ cawan )
7) Minyak – secukupnye untuk menggoreng karipap

Cara cara
1) Masukkan tepung gandum ke dalam bekas.
2) Masukkan marjerin ke dalam tepung dan gaul sebati
3) Panaskan minyak dan tuang ke dalam adunan tepung
4) Masukkan air ais bercampur garam dan uli hingga menjadi doh.
5) Perapkan doh selama ½ jam
6) Bahagikan doh menjadi kecil kecil dan canai nipis.
7) Masukkan inti dan kelim tepinye.
8) Goreng karipap di dalam minyak yang sederhana panas sehingga kuning keemasan.


2 comments:

  1. wahhh kak zu zila nampak karipap ni mesti nak datang..

    ReplyDelete
  2. salam ada lg ke nak 3 ketul...hee fv juga ni karipap..ank2 suami suka kuih yg pedas...cantik klim ropol tu...

    ReplyDelete