Jumpe lagi..
Mari cobe makan kek ini, anak kkzu kate hurrrrmmmm macam kek kat SR tapi yang pastinye ini adelah buatan homemade kan, pasti takkan 100 persen sama dengan kedai punye .Ade olahan yang kkzu telah buat mengikut citarasa dan macam biasa kek kek kkzu agak tinggi belaka. Adunan kek yang ringan. Tidak menggunakan gelatin seperti biasa.
Panduan dan rujukan dari KAK CHAH & LINDA.
BAHAN BAHAN KEK
bahan A
5 biji telur kuning
150 ml susu segar
100 gm gula castor
75 ml minyak jagung
bahan B
165 gm tepung naik sendiri
35 gm serbuk koko
1 tsp nescaffe
1/2 tsp b.powder
1/2 tsp soda bokabonate
* ayak kesemua bahan ini
bahan C
5 biji putih telur
80 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
Putar bahan A selama 8 minit.
Masukkan bahan B dan esen vanilla. Ketepikan,
Putar bahan C hingge kental. ( meringue )
Satukan kedua dua bahan dengan kaedah kaup balik.
Bakar kek pada suhu 170 C selama 50 minit hingga 1 jam dengan menggunakan loyang 9 inci.
Sejukkan kek dan potong kepada 4 bahagian.
** Jike mahu mendapatkan kek yang lebih padat putarkan bahan A dan B sekali gus.( campurkan sekali )
**Ade pelbagai versi kek spouge boleh di gunakan ye, ikut citarasa yang mana lebih sesuai ye termasuk lah menggunakan spoung cake mix.
BAHAN MOUSSE PUTIH
100 gm coklat masakan putih
250 gm non dairy whipping cream
100 gm gula icing
150 gm butter ANCHOR ( salted )
2 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan putih
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan di dalam kek.
BAHAN MOUSSE HITAM
150 gm coklat masakan hitam
380 gm non dairy whipping cream
150 gm gula icing
220 gm butter ANCHOR ( salted )
3 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan hitam
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Ketepikan 1/3 untuk lapisan didalam kek.
CARA MELAPIS KEK
kek
lapisan mousse puith
kek
lapisan mousse hitam
kek
lapisan mousse putih
kek
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan mousse hitam.
Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam.
Tuang ganache ke seluruh kek.
GANACHE
300 gm coklat masakan
250 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler. Bile telah jadi ganache , biarkan ianye sejuk dan pekat sedikit baru tuang ke seluruhan kek.Simpan kek di dalam petisejuk sebelom MAKAN.
salam kak zu
ReplyDeleteayu ni baru lagi follow bog aka
selalunya jdi silent reader je
insyaa Allah akan dibuat cake ni minggu ni
tuk makan2 adik beradik esok kat kg
dah tahap ngences dah ni
Assalamualaikum...Takpe tak dapat sebiji rasa, dapat sipi2 pun dah ok, malah lagi sedapppppp...Puas makan ni....
ReplyDeleteTksih kak zu ats resepi ni, smalam g sr terliur tp tringt ade rsepi kwn bg nk try bt tp tetiba hri ni kak zu dh post kek ni aduhai bgai pucuk dicita ulam mndtg org kate kan...thanks kak zu, ita copy yer, nk bt hri ni jgk nti ita post kt wall klau cntek la...hihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyummy;)
ReplyDeletesedap sedapppppp:)
sedap nyer!!!!
ReplyDeleteterliurnya tengok kek ni..
ReplyDeleteTergoda I ... U... Tengok tayangan kek tu..
ReplyDeletesedapnya...melelehhhhhh
ReplyDeleteselamat mencobe ye...
ReplyDeletesame2 kasih buat semue
ralat ~ pembetulan untuk sukatan butter (mouse hitam )..220 gm
ReplyDelete