sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 1 February 2012

TRIPLE MUFFIN COKLAT


Penyediaan muffin yang sangat mudah .Bak kate 1,2,3 siap.Boleh menambah kekacang juge ke dalam muffin.Ade pelbagai jenis muffin bole kite pelbagaikan.Ucapan dari kakzu 'SELAMAT MENCUBE ' dan nikmati lah keenakan muffin coklat yang gebus ini...

SUMBER;  ISPIRED BY / DIADAPTASI DARIPADE  CHEF HANIELIZA


TRIPLE MUFFIN COKLAT

BAHAN BAHAN

110 gm mentega ( cairkan )
200 gm susu segar
50 gm coklat masakan
100 gm gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm tepung gandum
30 gm koko powder
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikabonate
100 gm coklat chips

bahan hiasan
coklat chips hitam putih

CARE CARE

1.Ayak tepung gandum,baking powder dan soda bikabonate
2.Cairkan coklat masakan dan susu segar atas double boiler
3.Kocokkan telur dan gula ( kacau perlahan )
4. Masukkan susu segar bercampur coklat masakan dan mentega cair ke dalam adunan telur
5.Masukkan tepung bercampur koko powder, coklat chips dan esen vanilla. Kacau sebati
6. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang di sukai dan taburkan coklat chips
7. Bakar selame 30 minit pade suhu 180 darjah.

***untuk mendapatkan muffin yang membonjol isikan cup hampir penuh.


1 comment:

  1. Salam kak zu..saya org baru...dapat tahu dari majalah saji keluaran februari..tahniah sebab berjaya masuk majalah glemer dengan manisan yang vouge2 tu ye..all the best

    ReplyDelete