sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 10 May 2011

INDULGENT COKLAT VANILLA











Projek kkzu untuk hari IBU...projek nak menghabiskan whipping cream jugak..lame dah tersadai kat petisejuk, lebih2 buat kek costemer, ape pun kek ni sedap,lembut dan seksi, waaaaa, adik beradik dengan indulgent jugak..





Di adaptasi dari : Resepi Indulgent Citarasawan


ANYWAY...SELAMAT HARI EMAK....buat semue

Bahan kek:

(A)

100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila

(B) (untuk meringue)

5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.Masak care kaedah double boiler untuk mendapatkan kek yng lebih lembab.

***
Filling : Mousse Coklat Hitam :
300gm chocolate masakan hitam
3 kuning telur (di pukul dahulu)
3 putih telur (di putar hingga kembang)
90gm gula kastor
3/4 tbsp mentega
370ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp + 1/4 tsp gelatin
70ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). 
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, 
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek

3 comments:

  1. mak aihh,,, panjang berjela resepi ni...bila baca bawah lupa da yang atas,,,hehehe

    ReplyDelete
  2. ha'ah.. tul tu. Sian saya.. hehehe. Mmg kna study btul2 nih..

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeee.. tapi byknye nk guna telur smpai 8bji.. hmm kite ni dok bdua je ngan en.hubby rase mbazir plk..

    ReplyDelete